Meningkatkan Keberkesanan PPSMI: Peranan Pengurus Sekolah
Sinopsis:
Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pelaksanaan PPSMI terutamanya semasa di peringkat awal pelaksanaannya. Di dalam artikel ini menghuraikan tentang jurang dan faktor yang menjejaskan keberkesanan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Bagi mengelakkan kesan yang berganda, pelbagai inisiatif perlu di ambil bagi tujuan penambahbaikan PPSMI. Tindakan di peringkat sekolah yang bersifat spesifik akan memberikan lebih impak kepada pencapaian pelajar. Oleh itu, pengurus sekolah perlu memainkan peranan bagi menggerakkan usaha ini.
BULETIN TICE2010
14 tahun yang lalu
pada pendapat saya,memang wajarlah ppsmi dimansuhkan kerana kita perlu melihat keupayaan pelajar di bandar dan di luar bandar.
BalasPadamSedangkan setelah belajar bahasa Inggeris 11 tahun, mereka sendiri yang tidak mengerti apa yang sedang diajarkan.inikan pula hendak belajar math dan sains dalam b.i. lagilah mereka tidak dapat mengikuti dan memahami subjek tersebut.ditambah pula dengan keadaan kanak-kanak sekolah yang terpaksa belajar dalam BI pada mana mereka itu belum ada asas BI lagi.
thanks..4 ur comment kasuwani..
BalasPadamAmalan pengurus sekolah dalam memimpin pelaksanaan PPSMI di sekolah akan menentukan sejauh mana keberkesanan serta peningkatan pencapaian guru dan murid. Terdapat 5 fungsi utama yang menjadi tanggungjawab pemimpin ini dalam menjayakan PPSMI serta mana-mana program akademik di sekolah iaitu: menetapkan sasaran aspek peningkatan pencapaian guru dan murid, memberi sokongan dan penekanan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memantau dan memberi maklum balas kepada guru, menguruskan pelaksanaan kurikulum, serta membuat penilaian program-program akademik.
BalasPadamAssalamualaikum....
BalasPadamsaya bersetuju dengan pendapat kusawani yang menyokong pemansuhan PPSMI. walaupun perubahan pengajaran dan buku teks dalam bahasa inggeris telah di laksanakan namun pelbagai masalah timbul kerana sebilangan pelajar tidak mampu memahami isi kandungan buku teks dan gagal memahami kehendak soalan khususnya berlaku kepada pelajar yang berada diluar bandar.
Assalamualaikum...
BalasPadamArtikel tersebut memang betul dan amat bersesuaian kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kota dan di bandar sahaja, yang mana Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa pertuturan mereka. Tetapi sejauh mana keberkesanannya kepada semua pelajar, termasuk pelajar di desa dan kawasan pedalaman yang merasakan Bahasa Inggeris terlalu asing dan janggal untuk di sebut?PPSMI ini ada baik dan buruknya, tetapi kesan buruknya amat ketara dan boleh memusnahkan harapan pelajar-pelajar di luar bandar untuk menguasai Sains & Matematik. Mereka merasa hilang minat dan tidak dapat mencapai objektif p&p kerana sukar memahami apa yang diajar dan jika asas tidak difahami, bagaimana mereka ingin berjaya?Adakah kejayaan hanya milik pelajar-pelajar bandar sahaja?Kita renungkan bersama.
Assalamualaikum
BalasPadamsaudari Halwani,
Walaupun dasar PPSMI sudah dimansuhkan setelah dierkenalkan kira-kira 7 tahun lalu, namun isu keberkesanannya masih hangat diperbincangkan.
Pandangan peribadi saya, sekali pun dasar ini sudah dimansuhkan, namun ada beberapa perkara yang masih relevan untuk dilaksanakan pada masa ini.
Peranan pengurus sekolah memang tidak dinafikan dalam merealisasikan dasar ini. Salah satu tujuan PPSMI diperkenalkan adalah untuk mempertingkatkan penguasaan bahsa Inggeris di kalangan murid-murid. Justeru guru terlebih dahulu perlu menguasai bahasa Inggeris. Dalam hal ini, guru telah diberikan latihan dan kursus untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris mereka. Namun ini semua tidak mencukupi jika guru sediri tidak mempunyai inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan penguasaan mereka.
Poihak pengurusan sekolah mungkin dapat mengatur siri-siri kursus yang bersesuaian kepada para guru untuk mempertingkatkan penguasaan mereka
wslm..t.kasih semua kerana sudi komen..
BalasPadam